M Update, 24/4/2019 – Kabinet belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras harga bagi petrol RON 95. Stakat ini harga seliter bagi petrol RON95 masih kekal pada RM2.08 sebagai usaha kerajaan melindungi rakyat daripada terdedah kepada harga petrol yang tinggi dan tidak menentu.
Penstabilan harga runcit minyak dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah satu daripada komitmen manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu dan bukannya RM1.50 seliter bagi petrol RON 95 seperti yang tular di media sosial.
Penstabilan harga runcit minyak sudah pun dilaksanakan dan kerajaan komited melaksanakan subsidi bersasar supaya hanya golongan yang layak dan memerlukan sahaja menerima subsidi petrol ini.
Kerajaan sentiasa mendengar dan terbuka untuk mendengar cadangan daripada rakyat berkenaan pelaksanaan subsidi bersasar ini agar niat dan objektif di sebalik dasar ini tercapai.
Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata, KPDNHEP sudah bersedia sepenuhnya melaksanakan subsidi petrol bersasar dan hanya menunggu senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).
Pembayaran subsidi akan dilaksanakan selepas kementeriannya memperoleh senarai akhir dari sekretariat BSH yang akan dijadikan data asas kepada penyaluran bantuan berkenaan.
Sumber : Berita Harian