Input your search keywords and press Enter.

Perisik Sri Lanka Didakwa Sembunyikan Maklumat Serangan

M Update, 25/04/2019 – Pegawai kanan sengaja menyimpan maklumat risikan mengenai serangan di Sri Lanka, yang menyaksikan pengeboman nekad pada sambutan Easter Ahad lalu mengorbankan 359, kata ketua Parlimen semalam.

“Beberapa pegawai perisik atas menyembunyikan maklumat dengan sengaja.

“Maklumat ada tetapi mereka tidak mengambil tindakan mengenainya,” kata Laksman Kiriella, yang juga Menteri Perusahaan Awam, kepada Parlimen.

Katanya, maklumat mengenai serangan ke atas gereja, hotel dan ahli politik itu diterima daripada perisikan India pada 4 April dan mesyuarat Majlis Keselamatan dipengerusikan oleh Presiden Maithripala Sirisena pada 7 April, tetapi maklumat tidak dikongsi lebih meluas.

“Seseorang mengawal pegawai atasan risikan.

“Majlis Keselamatan bermain politik. Kita mesti menyiasat perkara ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas ketua tentera dan Menteri Pembangunan Wilayah, Sarath Fonseka, memberitahu Parlimen beliau percaya serangan ‘sudah dirancang sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan tahun’. — Reuters

Leave a Reply