M-Update,26/4/2019, WASHINGTON: Agensi Perisikan Pusat (CIA) membuka akaun Instagram semalam, dengan gambar meja penuh misteri yang terusik dengan permainan kanak-kanak menyatakan ‘Saya mengintip dengan mata kecil saya’. Gambar itu dipenuhi rancangan jahat dan pengembaraan: rambut palsu untuk menyamar, peta China dan Teluk, wang kertas asing, beg terbakar untuk menghapuskan dokumen rahsia, buku nota bertulis Arab dan benda lain, kebanyakannya cenderamata operasi sebenar pegawai CIA.
Bersebelahan dinding adalah gambar dengan perkataan: “Saya mahu mengembara ke seluruh dunia.”Siaran di Instagram itu adalah perluasan usaha agensi perisikan utama AS merekrut generasi muda pegawai, ejen dan penganalisis, selepas melakukan menerusi Twitter dan Facebook selama beberapa tahun. Agensi itu secara terbuka merekrut pekerja dari universiti dan industri, dan Instagram memberikan cara sampai kepada demografik lebih besar dan muda: kebanyakan penggunanya berusia bawah 30 tahun.
“Kami mahu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengguna Instagram mengenai banyak cara misi global dilakukan CIA yang membawa kamu ke tempat orang lain tidak boleh pergi dan melakukan apa yang tidak boleh dibuat orang lain.“Menerusi akaun ini, kami akan memberikan peluang mengintai kehidupan dalam agensi ini, tetapi tidak berjanji sebarang swafoto dari lokasi rahsia,” kata agensi itu dalam kenyataan. — AFP