Input your search keywords and press Enter.

Hujan, ribut petir landa KL dan Selangor

M Update, 26/4/2019 – Cuaca di Kuala Lumpur dan Selangor diramal hujan dan ribut petir, hingga Rabu depan.

Menerusi maklumat di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), ribu petir itu dijangka berlaku di beberapa kawasan pada waktu petang. Bagaimanapun, tiada hujan diramal berlaku pada waktu pagi dan malam dalam tempoh tersebut.

Di Sepang, hujan diramal dari hari ini hingga Ahad manakala Petaling dan Hulu Langat dijangka hujan hingga Sabtu. Di Kuala Langat hujan diramal pada Sabtu dan Ahad manakala Hulu Selangor dan Gombak hujan diramal hingga Jumaat.

Cuaca di Kuala Langat diramal bertukar panas pada Sabtu, Ahad dan kembali hujan bermula Isnin sehingga Rabu depan.Manakal cuaca di Klang pula diramal tiada hujan hingga Rabu kecuali Ahad diramal hujan di satu dua tempat. Sementara itu, daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor dijangka mengalami cuaca panas hingga Rabu depan. – SH Online

Leave a Reply