Input your search keywords and press Enter.

Pelajar Sains Aktuari UCSI cipta sejarah

M Update, 29/4/2019 – Penuntut Universiti UCSI, James Koo mencipta sejarah muncul pelajar Malaysia pertama memperoleh ‘Associate of Canadian Institute of Actuaries (ACIA)’. Beliau juga merupakan pelajar pertama daripada universiti swasta terbaik itu di negara ini yang melepasi “Society of Actuaries’ Fundamentals of Actuarial Practice (FAP)”.

Bagi memperoleh kelulusan itu, Koo berkata pelajar perlu menduduki lima peperiksaan profesional, FAP dan menghadiri bengkel profesionalisme yang dianjurkan Institut Aktuari Kanada (CIA) di Kanada. Koo merupakan pelajar tahun tiga Sains Aktuari.

FAP, beliau berkata terdiri daripada modul dan penilaian dalam talian yang menguji pengetahuan teknikal dan permohohan kadar harga insurans, penentuan dan kitaran kawalan aktuari.

“Saya gembira memperoleh kelulusan ini kerana ia ‘jarang’ bagi seseorang siswazah untuk meraih pengiktirafan ini,” kata pelajar berusia 21 tahun itu dari Johor Bahru kepada Bernama.

Melalui ACIA, Koo berkata peluangnya mendapat ‘pekerjaan kompetitif” jauh lebih cerah, sambil menambah bahawa beliau telah dipanggil untuk menghadiri beberapa temuduga kerja. Menjadi seorang yang memperoleh kelulusan ini memberi saya kesempatan menonjol berbanding orang lain. Saya telah dipanggil menghadiri temuduga pekerjaan tetap oleh beberapa syarikat perunding aktuari walaupun sebelum menamatkan pengajian peringkat ijazah saya,” katanya.

Cita-cita saya menjadi perunding aktuari yang berkhidmat di sebuah syarikat insurans am. Saya memilih untuk menjadi pakar dalam insurans am kerana penglibatan lebih tinggi terhadap konsep dan model statistik,” katanya.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Daya itu berkata usaha seterusnya adalah meningkatkan pengetahuan bahasa pengaturcaraannya, sambil menjelaskan permintaan untuk automasi dalam kebanyakan pekerjaan berikutan Industri 4.0 menjadikannya mustahak bagi graduan aktuari menjadi mahir dalam bidang ini. – Bernama


Leave a Reply