Input your search keywords and press Enter.

Banjir Paksa 10,000 Penduduk Timur Kanada Berpindah

M Update, 30/04/2019 – Lebih 10,000 penduduk terpaksa di timur Kanada terpaksa dipindahkan dalam tempoh beberapa hari lalu, susulan banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan.

Menurut pihak berkuasa, banjir yang disifatkan terburuk sejak 2017, dijangka mengambil masa selama beberapa minggu untuk surut.

Pada masa sama, operasi menyelamat haiwan peliharaan juga giat dijalankan di kediaman yang ditinggalkan selepas penghuninya berpindah.

Sebahagian besar penduduk yang terpaksa berpindah adalah dari bandar Sainte-Marthe-sur-le-Lac di barat Montreal, iaitu membabitkan lebih 6,000 penduduk.

“Keadaan banjir adalah terkawal, memandang air sudah mulai surut dan kami berharap dapat mengawal keadaan di kawasan terbabit,” kata Menteri Keselamatan Awam Quebec, Genevieve Guilbault kepada wartawan.

Katanya, pihak berkuasa turut membina penghadang baharu menggunakan batu kerikil bagi mengawal aliran banjir. – AFP

Leave a Reply