Input your search keywords and press Enter.

Makan Pisang Depan Muzium Bantah Karya Tidak Dipamer

M Update, 30/04/2019 – Kira-kira 1,000 penunjuk perasaan, ramai daripada mereka memakan pisang untuk membantah di depan Muzium Negara Poland semalam berhubung keputusan mengeluarkan karya seni yang dianggap ‘tidak senonoh’ oleh pengarah muzium berkenaan.

Karya berkenaan, video 1973 bertajuk ‘Consumer Art’ oleh artis Poland, Natalia LL dan gambar daripada video berkenaan, menunjukkan seorang wanita memakan pisang dengan gaya menggoda.

Cuma video berkenaan dikeluarkan Jumaat lalu menurut pegawai muzium.

Muzium berkenaan turut mengeluarkan karya oleh artis Katarzyna Kozyra menonjolkan wanita membawa dua lelaki yang digayakan seperti haiwan berjalan-jalan dan diikat dengan tali.

Pengarah muzium, Jerzy Miziolek, Jumaat lalu berkata ‘topik tertentu berkaitan jantina tidak sepatutnya ditunjukkan secara jelas, menurut akhbar Gazeta Wyborcza.

Muzium berjanji memasukkan semula karya seni itu, tetapi bantahan tetap dijalankan. – AFP

Leave a Reply