Input your search keywords and press Enter.

Barcelona selangkah ke final Liga Juara-Juara

M-Update,2/5/2019, BARCELONA: Lionel Messi membawa Barcelona selangkah ke final Liga Juara-Juara selepas meledak dua ketika gergasi Sepanyol itu menumpaskan Liverpool 3-0 di Nou Camp, awal pagi tadi. Bekas penyerang Reds, Luis Suarez membuka tirai jaringan pada pertengahan babak pertama peringkat separuh akhir pertama itu sebelum Messi menambah dua lagi gol pada babak kedua.

Keputusan menyaksikan Liverpool terpaksa berdepan laluan getir untuk mara sekali pun mereka tampil dengan persembahan yang baik di Catalonia.Gol kedua Messi, menerusi jaringan jarak jauh menakjubkan berpunca sepakan percuma adalah gol ke-600 buat Barca dalam semua kejohanan. Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp hanya mampu tersenyum melihat jaringan berkenaan selepas skuad kendaliannya dilihat berjaya mengimbangi perlawanan terutama pada babak pertama.

Pada awal separuh masa kedua, Liverpool menguasai permainan dan berupaya untuk meledak gol di tempat lawan tetapi cubaan Mohamed Salah sekadar menggegar palang.Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi, awal pagi Rabu minggu depan bagi aksi kedua di gelanggang Reds, Anfield. “Bagaimana kami memberikan mereka masalah adalah mengagumkan,” kata Klopp.

“Saya tidak tahu sama ada kami boleh bermain lebih baik daripada itu. Tetapi ada satu ketika di mana Messi menjaringkan gol mudah dan yang kedua memang tidak mampu diselamatkan.” – AFP

Leave a Reply