Input your search keywords and press Enter.

Guru Florida dibenar bawa senjata ke kelas

M Update, 02/05/2019 – Badan legislatif Florida semalam meluluskan rang undang-undang yang membenarkan guru-guru membawa senjata ke bilik darjah, sebahagian daripada program yang dilancarkan selepas insiden tembakan rambang di sebuah sekolah di Parkland di sini.

Rang undang-undang itu bertujuan mencegah kejadian pembunuhan beramai-ramai seperti di Parkland daripada berulang.

Dewan Perwakilan Florida menyaksikan 65 undi diraih berbanding 47 untuk meluluskan rang undang-undang selepas perdebatan berlarutan selama dua hari.

Majoriti Parti Republikan menggagalkan usaha Demokratik untuk meminda, menyekat atau menggagalkan langkah itu.

Minggu lalu, senat Florida meluluskannya selepas memperoleh 22 undi berbanding 17.

Gabenor Republikan, Ron DeSantis dijangka akan menandatangani rang itu menjadikannya undang-undang yang sah.

Ia membolehkan sekolah yang ingin mengambil bahagian dalam program Guardian sukarela untuk membekalkan guru-guru yang lulus kursus latihan selama 144 jam dengan senjata.

Pada 14 Februari 2018 seorang bekas pelajar bersenjata raifal separa automatik melepaskan tembakan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida, membunuh 17 orang dan mencederakan 17 yang lain. – Reuters

Leave a Reply