Input your search keywords and press Enter.

Kejam! Mayat Bayi Berulat Ditemui

M Update, 2/5/2019 – Mayat bayi masih belum dikenal pasti jantina ditemui berulat dalam plastik hitam dipercayai dibuang sejak empat hari lalu di tepi jalan berdekatan terowong Kampung Dato Syed Nahar, Langkawi, hari ini. Siasatan awal mendapati lokasi kejadian lima meter dari jalan bertar di kampung terbabit dan sebelah kanan penemuan mayat itu ada jalan kecil tidak berturap.

Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat itu pada jam 9.05 pagi oleh seorang wanita memaklumkan menemui objek menyerupai mayat bayi dalam plastik sampah. Hasil temubual dengan saksi wanita itu, dia memberitahu melihat beg plastik hitam di tepi jalan sejak empat hari lalu dalam keadaan tertutup namun tidak dihiraukan kerana menyangka ia adalah sampah.

Bagaimanapun semasa keluar dari rumah hari ini, dia terhidu bau busuk dan sebaik membuka plastik itu terlihat objek seperti bayi dalam keadaan berulat sebelum memaklumkan kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jantina, umur dan identiti mayat masih belum dapat dipastikan lagi kerana keadaan berulat.

Mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Langkawi sebelum akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar esok untuk bedah siasat. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya. – HM Online

Leave a Reply