Input your search keywords and press Enter.

Warga Turki maut, angka kematian insiden Christchurch meningkat 51 orang

M Update, 03/05/2019 – Warga Turki yang cedera parah dalam insiden tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu disahkan meninggal dunia.

Berita kematian itu diumumkan oleh Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu hari ini, sekali gus menjadikan angka kematian meningkat kepada 51 orang.

“Kami dengan sedihnya ingin mengumumkan kehilangan rakyat kami, Zekeriya Tuyan yang cedera parah dalam serangan di Christchurch, New Zealand sudah meninggal dunia,” kata Cavusoglu di Twitter.

Abang mangsa, Yahya Tuyan ketika dihubungi agensi berita Anadolu berkata, Zekeriya menjalani pembedahan hari ini, tetapi adiknya itu gagal diselamatkan.

“Beliau menjalani pembedahan hari ini, tetapi mereka gagal menghentikan pendarahan dan kami kehilangannya.

“Pada awalnya, kami berasa gembira kerana menyangka semuanya akan berjalan dengan baik, selepas beliau bertarung selama 50 hari,” kata Yahya kepada Anadolu. – Reuters

Leave a Reply