Input your search keywords and press Enter.

Dua Wartawan Reuters Antara 6,520 Banduan Dibebas

M Update, 07/05/2019 – Dua wartawan Reuters, Wa Lone, dan Kyaw Soe Oo adalah antara 6,520 banduan yang diberi pengampunan oleh Kerajaan Myanmar, sebelum mereka dibebaskan secara berperingkat.

Wa Lone, 33, dan Kyaw Soe Oo, 29, yang sudah menjalani hukuman penjara lebih 500 hari kerana didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi, dibebaskan hari ini.

Mereka dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun pada September lalu, selepas ditahan pada 12 Disember 2017.

Ketika ditahan, kedua-dua wartawan itu sedang menjalankan siasatan mengenai insiden pembunuhan 10 penduduk etnik Islam Rohingya di wilayah yang dilanda konflik, Rakhine, di utara Myanmar.

Pejabat presiden dalam satu kenyataan berkata, Presiden Win Myint memberi pengampunan secara besar-besaran kepada ribuan banduan dalam dua acara berasingan bulan lalu.

Ia adalah sebagai amalan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa Myanmar menjelang sambutan Tahun Baharu tradisional, bermula 17 April lalu. – Reuters

Leave a Reply