Input your search keywords and press Enter.

Eropah catat lebih 34,000 kes campak, 13 kematian

M Update, 07/05/2019 –  Lebih 34,000 penduduk seluruh Eropah dijangkiti campak dalam dua bulan pertama 2019, dengan majoriti kes berlaku di Ukraine, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini ketika ia menggesa pihak berkuasa memastikan mereka yang berisiko mendapat vaksin.

Angka kematian dalam kalangan 34,300 kes yang dilaporkan di seluruh 42 negara Eropah mencecah 13, dengan virus itu membunuh penduduk di Ukraine, yang berhadapan wabak campak, selain di Romania dan Albania.

Risikonya penularan mungkin berterusan merebak, kata WHO.

“Jika tindak balas penularan tidak dibuat tepat masa dan menyeluruh, virus akan menjangkiti individu berisiko dan berpotensi menular ke negara lain dalam dan di luar rantau itu.

“Semua peluang perlu digunakan untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak, remaja dan orang dewasa,” kata kenyataan pertubuhan itu.

Campak adalah penyakit amat berjangkit yang boleh membunuh dan menyebabkan buta, pekak atau kerosakan otak.

Ia boleh dihalang dengan dua dos vaksin efektif, tetapi disebabkan ramai yang tidak mengambil vaksin, ia kini menular di banyak negara termasuk Amerika Syarikat, Filipina dan Thailand. — Reuters

Leave a Reply