Input your search keywords and press Enter.

Pakistan serbu rangkaian pelacuran seludup ‘pengantin’ ke China

M Update,07/05/2019 – Pakistan menahan 12 anggota disyaki rangkaian pelacuran yang membawa wanita muda negara itu ke China, sebahagian isu pemerdagangan manusia berkisar perkahwinan palsu, kata pihak berkuasa semalam.

Seorang pegawai atasan Agensi Siasatan Persekutuan Pakistan (FIA), Jameel Ahmad berkata, mereka yang ditahan termasuk lapan rakyat China dan empat Pakistan, yang terbabit dalam pemerdagangan manusia.

“Kami menyerbu kumpulan itu selepas FIA menerima maklumat berhubung meningkatnya penyeludupan wanita Pakistan ke China di mana mereka terbabit dalam kancah pelacuran,” kata Jameel kepada Reuters.

Katanya, beberapa kumpulan dipercayai beroperasi, terutama menyasar minoriti Kristian Pakistan.

Tangkapan itu dibuat seminggu selepas Human Rights Watch (HRW) berkata, Pakistan seharusnya bimbang dengan laporan terbaharu mengenai pemerdagangan wanita dan gadis ke China.

Katanya, dakwaan itu agak sama dengan corak pemerdagangan ‘pengantin’ ke China dari sekurang-kurangnya lima negara Asia. -Reuters

Leave a Reply