Input your search keywords and press Enter.

Puluhan Pelarian Rohingya Nyaris Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia

M Update, 07/05/2019 –  Puluhan pelarian Rohingya termasuk remaja berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa disyaki pemerdagangan manusia, kata polis India hari ini selepas kumpulan itu memasuki India dari Bangladesh tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Bertindak atas maklumat daripada sebuah badan kebajikan setempat, polis di bahagian timur negeri Mizoram semalam menyerbu sebuah rumah didiami seorang wanita untuk mencari pelarian Rohingya yang dipercayai akan dihantar ke Malaysia atau Taiwan.

“Mereka tidak mempunyai dokumen yang sah, tetapi kami tidak menahan mereka kerana kami menyedari mereka adalah mangsa pemerdagangan manusia,” kata Inspektor Jeneral Lalbiakthanga Khiangte.

Kumpulan itu terdiri daripada lapan wanita berumur antara 16 hingga 22, empat kanak-kanak lelaki yang umurnya tidak dapat dipastikan,” katanya.

“Kami menahan seorang wanita yang melindungi mereka…dia akan disoal siasat,” katanya tanpa memberikan maklumat lanjut dan siasatan sedang dijalankan. – Reuters

Leave a Reply