Input your search keywords and press Enter.

Model Perangai Tak Semenggah

M Update, 22/08/2019 – Seorang model Instagram telah didakwa di Mahkamah Tempatan Downing Center di Sydney kerana melakukan rompakan di beberapa premis perniagaan dan hartanah, merentasi pantai utara Sydney pada 6 November lalu.

9News melaporkan, Monique Agostino, 23, didakwa memecah masuk restoran Pound of Pizza di Tramore Place di Killarney Heights pada jam 1.52 pagi dan mencuri sebuah telefon bimbit.

Selang dua minit kemudian, ibu tunggal itu memecah masuk kedai serbaneka House of Fruit yang berhampiran.

Bekas pelajar Sekolah Tinggi Killarney Heights itu juga didakwa cuba merompak kafe Le Parisen.

“Dalam masa satu jam, Monique didakwa merompak kafe Stanley St di St Ives dan memperoleh wang AUS$300 (RM849) serta sekeping kad kredit yang digunakan untuk membeli makanan berjumlah AUS$11.55 (RM32.70) di McDonald’s Brookvale,” kata polis.

Daily Mail melaporkan, Monique turut didakwa mencuri AUS$1,000 (RM2,831) di kedai Forestville Bakery di hadapan pelanggan lain pada 24 November lalu, selain memecah masuk sebuah bangunan untuk mencuri harta bernilai kira-kira AUS$60,000 (RM169,939).

The Manly Daily melaporkan, Monique meminta dibenarkan jaminan untuk membolehkan dia tinggal di rumah rakan bersama anak lelakinya yang masih kecil selepas ‘ditendang’ keluar dari rumah keluarganya kerana melakukan rompakan. Permohonannya bagaimanapun ditolak.

Leave a Reply