Input your search keywords and press Enter.

Indonesia mahu kurang kakitangan pentadbiran

M Update, 09/05/2019 – Presiden Indonesia, Joko Widodo, berkata jumlah kakitangan bagi penggal kedua pentadbirannya adalah lebih kecil berbanding sebelum ini.

Katanya, ia bagi mengurangkan masalah ketidakcekapan dan mempertingkatkan pertumbuhan negara.

“Lebih kecil pertubuhan kita, lebih pantas kita dapat bergerak,” kata Widodo.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri pertemuan dengan ratusan pemimpin kerajaan wilayah di sini.

Pada pertemuan itu, Widodo turut menggesa kerajaan wilayah supaya mengurangkan kerenah birokrasi.

Selain itu, beliau berkata, agensi kerajaan yang tidak menyumbang kepada pertumbuhan negara akan ditutup.

Katanya, memandangkan ia adalah penggal kedua pentadbirannya, beliau tidak perlu bimbang untuk dipilih semula dan akan melakukan yang terbaik untuk menjana pembangunan negara.

Widodo disahkan memenangi pilihan raya yang diadakan pada 17 April lalu, berdasarkan jumlah untuk tidak rasmi.

Keputusan rasmi pilihan raya bakal diumumkan pada 22 Mei ini. – Reuters

Leave a Reply