Input your search keywords and press Enter.

Rundingan Semula ECRL

Rundingan semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) antara Malaysia dengan China menghasilkan “win-win situation” apabila manfaat diberikan kepada kedua-dua negara itu. Malaysia Rail Link Sdn Bhd menyatakan “win-win situasion” yang dimaksudkan termasuk pengurangan kos sebanyak RM21.5 bilion atau 33 peratus daripada kos projek kepada RM44 bilion.

Selain itu, Malaysia dan China mendapat manfaat penubuhan 50:50 syarikat usaha sama antara MRL dan China Communications Construction Ltd (CCCC) untuk operasi dan penyelenggaraan ECRl, serta peningkatan dalam penyertaan tempatan kontraktor Malaysia dalam kerja-kerja awam projek berkenaan.

Berdasarkan maklumat yang dinyatakan mengenai ECRL, kerajaan atau MRL tidak pernah mendakwa bahawa penjimatan sebanyak RM21.5 bilion bagi projek ECRL yang ditambahbaik adalah semata-mata daripada elemen “overpricing”, malah, ini bukan asas rundingan dengan China.

Malah, MRL ingin menekankan bahawa Malaysia mengadakan rundingan dengan China atas dasar mencari cara dan usaha untuk mengurangkan kos ECRL tanpa kehilangan intipati asas jajaran projek rel berkenaan.

Disamping itu, Tun Daim Zainuddin iaitu wakil Khas Perdana Menteri Malaysia mengetuai rundingan ECRL dengan CCCC dan beliau tidak berseorangan meminkul tanggungjawab tersebut kerana pegawau kanan dari Jabatan Peguan Negara, Kementerian Kewangan, Jabatan Pengangkutan , MRL dan lain-lain juga turut serta dalam rundingan tersebut.

Tambahan pula, komuniti tempatan dan antarabangsa sudah sedia maklum bahawa pasukan petugas ECRL ini mengendalikan proses rundingan dengan jayanya, seperti mana dipaparkan melalui kebanyakan laporan akhbar, portal berita dan stesen TV di Malaysia dan luar negara.

Secara ringkas, ia bukanlah proses rundingan untuk mencapai Perjanjian EPCC yang baru tetapi untuk menambahbaik projek ECRL menerusi Perjanjian Tambahan (SA) yang ditandatangani pada 12 April 2019 di Beijing.

Leave a Reply