M Update, 10/05/2019 – Presiden Rodrigo Duterte dijangka terus mengukuhkan cengkamannya pada pilihan raya pertengahan penggal minggu depan, membuka jalan kepada pelaksanaan semula hukuman mati dan meneruskan ikrarnya menulis semula Perlembagaan.
Duterte dikenali di peringkat antarabangsa kerana celupar tetapi amat popular dalam kalangan rakyat Filipina yang sudah jemu dengan ahli politik elit yang tidak berfungsi negara mereka.
Beliau berjanji melaksanakan semula hukuman mati bagi jenayah berkaitan dadah sebagai sebahagian tindakan keras ke atas narkotik, yang menyaksikan ribuan penjual dan pengguna didakwa dibunuh.
Cara keras Duterte menangani jenayah, yang termasuk menurunkan umur dianggap bertanggungjawab melakukan perbuatan itu dari 15 ke 12 tahun, adalah kunci kepada kemenangan besar beliau pada pilihan raya 2016.
Dalam kalangan 18,000 jawatan untuk direbut minggu depan, separuh adalah kerusi Senat, yang menghentikan beberapa dasar paling kontroversi Duterte.
Tinjauan pendapat menunjukkan golongan yang setia kepada pentadbiran menjadi calon kegemaran untuk menguasai Senat dan mengawal Dewan Perwakilan.
Duterte juga berjanji menulis semula Perlembagaan, yang akan membuka jalan melanjutkan penguasaan melepasi mandat satu penggal yang berakhir pada 2022.
Bagaimanapun, sebarang perubahan pada Perlembagaan memerlukan sokongan ahli perundangan selain kelulusan popular dalam pungutan suara, halangan yang menyekat cubaan presiden terdahulu. — AFP