Input your search keywords and press Enter.

Kuwait Penjara, Denda Rakyat Makan Pada Siang Hari Ketika Ramadan

M Update, 10/05/2019 –  Individu yang makan pada siang hari ketika Ramadan di Kuwait berisiko dipenjara dan didenda, kata seorang pegawai keselamatan dipetik baru-baru ini.

Pemangku ketua perhubungan awam Kementerian Dalam Negeri, Brigadier Tawheed Al Kandari menerusi laporan di akhbar Al Anba berkata, mengikut undang-undang Kuwait, makan di khalayak ramai ketika tempoh itu adalah satu kesalahan yang boleh dihukum penjara maksimum sebulan atau denda 100 dinar (RM1,366.21).

Katanya, undang-undang itu terpakai kepada penduduk Islam dan bukan Islam.

“Rakyat dan ekspatriat perlu menerima nilai, tradisi serta menghormati perasaan orang yang berpuasa,” katanya.

Kuwait yang kaya minyak menempatkan sejumlah besar komuniti pekerja asing.

Pada masa sama, Al Kandari juga memberi jaminan tindakan keras ke atas peminta sedekah dilakukan ketika bulan suci itu di kawasan kediaman dan pasar serta di luar masjid.

“Peronda keselamatan mudah alih dan tetap akan dikerah di kawasan berbeza untuk menangani sebarang fenomena yang tidak menghormati perasaan Muslim berpuasa atau nilai berkaitan bulan suci ini,” katanya. -Agensi

Leave a Reply