Input your search keywords and press Enter.

Penjenayah Gagal Letupkan Mesin ATM

M Update, 10/5/2019 – Sebuah mesin pengeluaran wang (ATM)bank di Wisma UNIKEB berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, cuba dipecahkan menggunakan bahan letupan, malam tadi. Bagaimanapun, dua lelaki suspek gagal melarikan wang tunai apabila letupan itu tidak mampu memecahkan pintu besi kedua mesin ATM terbabit.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang anggota polis bantuan pada jam 8.07 malam. Kejadian berlaku kira-kira pada jam 7.53 malam berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank terbabit. Menerusi rakaman itu kita dapati dua lelaki memakai topeng muka cuba memecahkan sebuah mesin ATM dipercayai menggunakan bahan letupan.

Dua letupan berlaku, letupan pertama berjaya memecahkan bahagian luar mesin ATM, manakala letupan kedua gagal untuk membuka pintu besi mesin ATM terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam tadi. Dzaffir berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan daripada Unit Pemusnah Bom bagi mengenal pasti jenis bahan letupan yang digunakan.

Kita juga akan memeriksa rakaman CCTV di kawasan luar bank bagi mengesan pergerakan kedua-dua suspek. Setakat ini suspek didapati menggunakan sebuah kereta dan beredar dari lokasi pada 7.57 malam,” katanya. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat untuk membinasakan rumah atau sebagainya. – BH Online

Leave a Reply