Input your search keywords and press Enter.

Salur Maklumat Jenayah, Kastam Beri Hadiah Kepada Orang Awam

M Update, 14/06/2023 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyediakan imbuhan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah, termasuk aktiviti sindiket pengedaran dadah, yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit bahan terlarang itu.

Imbuhan atau hadiah tertentu akan diberikan kepada pemberi maklumat (orang awam) sehingga berjaya membawa kepada kejayaan penangkapan sindiket atau individu tertentu. – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan

Semalam, media melaporkan JKDM merampas 454 kilogram (kg) dadah bernilai hampir RM70 juta dalam tiga serbuan di Pelabuhan Klang dan Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang awal bulan ini hasil maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) Arab Saudi.

Ahmad merakamkan penghargaan kepada KDN Arab Saudi yang menyalurkan maklumat mengenai kontena mengandungi dadah dari Brazil yang menuju ke India tetapi singgah di Malaysia itu.

Masyarakat memainkan peranan penting sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa. Sekiranya ada maklumat berkaitan kegiatan jenayah, pengedaran dadah dan sebagainya terus laporkan kepada pihak berkuasa.