Input your search keywords and press Enter.

Saham Amerika dan Asia Merosot

Niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) dan saham Asia merosot pada awal dagangan hari ini ekoran peningkatan ketidakpastian mengenai sama ada Amerika Syarikat dan China berjaya mencapai kesepakatan bagi menamatkan perang perdagangan antara mereka, selepas Washington menaikkan tarif.

Niaga hadapan e-mini bagi S&P 500 susut sebanyak 1.1% manakal indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun merosot sebanyak 0.2% menghampiri paras rendah dua bulan yang direkodkan pada Khamis.

Nikkei Jepun susut sebanyak 1.0% untuk mencecah paras terendahkan sejak 28 Mac. Paras terakhir dagangannya, jatuh 0.6%.

Penanda aras Perbendaharaan AS bagi 10 tahun mencatatkan penurunan kepada 2.437%, yang mana sebahagiannya masih terkawal.

Bagaimanapun spekulasi perang perdagangan mengakibatkan pertumbuhan global perlahan dan menjadikan beberapa bank pusat utama mengakomodasi (menyesuaikan dengan persekitaran).

-REUTERS

Leave a Reply