Input your search keywords and press Enter.

Jangan Mudah Percaya Khabar Angin Mengenai Industri Sawit

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking menegaskan agar rakyat tidak mudah mempercayai khabar angin yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak berkenaan keburukan dan kelemahan industri sawit negara.

Ujar beliau, berita palsu itu adalah usaha pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menjatuhkan industri sawit demi menonjolkan industri baru atau sedia ada yang akan diketengahkan pihak terbabit.

Katanya, khabar angin yang mengaitkan industri sawit menjadi punca kepada kepupusan orang utan dan penerokaan hutan tanpa had tidak sepatutnya wujud atau berlaku di negara kita.

Tambah pula, negara Malaysia akan terkesan terutama dari sudut ekonomi dan hubungan diplomasi dua hala jika berlaku kempen boikot industri tersebut.

Beliau menzahirkan rasa terkilan jika ada negara Kesatuan Eropah yang memboikot industri sawit negara hanya disebabkan khabar angin kerana mingkin ia adalah kerja beberapa pelobi yang mungkin ingin membawa industri yang lain.

Selain itu, Belanda antara pengimport terbesar dalam kalangan negara-negara Eropah. Sebarang sekatan yang dikenakan terhadap minyak sawit tetap memberi kesan tidak baik.

“Kita tidak akan menyerang balik negara yang menghalang pengeksportan minyak sawit apatah lagi memburukkan mereka,” katanya.

Sementara itu, Darell menegaskan Malaysia telah mewujudkan kerjasama erat dengan Indonesia terutama dalam sektor pengeluaran sawit.

Bagi menonjolkan kebaikan dan kelebihannya di peringkat rantau Asia serta antarabangsa terutama kepada Kesatuan Eropah.

Leave a Reply