Input your search keywords and press Enter.

KTMB : Aplikasi ‘MyRailtime’ dilancarkan untuk kemudahan pengguna

M Update, 17/5/2019 – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melancarkan aplikasi ‘MyRailtime’ bagi membantu orang ramai menyemak jadual perjalanan, waktu ketibaan dan pelepasan perkhidmatan KTM Komuter di Lembah Klang dan Tanjung Malim mengikut waktu sebenar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi telefon pintar sama ada Google Play Store dan IOS lain itu dijangka memudahkan penumpang menyemak jadual perjalanan kereta api mengikut masa sebenar (real-time) bermula dengan perkhidmatan KTM Komuter.

Beliau berkata penggunaan aplikasi berkenaan membolehkan pengguna mendapatkan maklumat tepat mengenai masa pelepasan dan ketibaan tren KTM Komuter terutama bagi mereka menggunakan kemudahan pengangkutan awam berkenaan setiap hari. Kita juga bercadang memperluaskan penggunaan sistem digital dalam pengoperasian tren serta penyediaan kemudahan nilai tambah seperti wifi di dalam tren Skypark Link dan ETS, mod pembayaran tanpa tunai bagi KTM Komuter di Lembah Klang sejak 10 Sepember 2018.

Langkah ini adalah selari dengan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk terus meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengangkutan awam berasaskan rel,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran MyRailtime di sini, hari ini. Loke berkata pihaknya mensasarkan lebih sejuta pengguna bakal menggunakan aplikasi ‘MyRailtime’ menjelang akhir tahun 2019. Orang ramai bersabar dan memahami punca utama kelewatan ketibaan tren KTM Komuter terutama di Lembah Klang adalah kerana kerja menaik taraf landasan perkhidmatan rel berkenaan.

Jadi dengan adanya penggunaan aplikasi ini saya berharap ia dapat membantu pengguna KTM Komuter merancang perjalanan masing-masing dan mengetahui,” katanya. – BH Online

Leave a Reply