Input your search keywords and press Enter.

MKN Sabah Hantar Balik 658 PATI warganegara Filipina Dan Indonesia

M Update, 17/5/2019 – Majlis Keselamatan Negara (MKN), Negeri Sabah terus melaksanakan proses penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara asal dan semalam membabitkan 658 tahanan warganegara Filipina dan Indonesia melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga Filipina dan Pelabuhan Tawau ke Nunukan Indonesia.

Daripada jumlah tersebut warganegara Filipina terdiri daripada 308 lelaki dewasa, 152 perempuan dewasa dan 100 kanak-kanak manakala warganegara Indonesia pula terdiri daripada 71 lelaki dewasa, 23 perempuan dewasa dan 4 kanak-kanak.

Untuk makluman, sehingga 16 Mei 2019, jumlah PATI yang telah dihantar pulang sepanjang tahun 2019 adalah seramai 5068 orang. Ini menjadikan keseluruhan penghantaran pulang PATI sejak tahun 1990 adalah 582, 139 orang.

Proses penghantaran balik PATI ke negara asal mereka adalah merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani masalah kemasukan PATI ke negeri ini. MKN Sabah akan terus komited meningkatkan usaha memastikan negeri Sabah bebas dari PATI. Kerjasama dari rakyat Sabah amat diperlukan terutama untuk tidak menggaji atau melindungi PATI.

Kerajaan sangat serius dalam menangani masalah PATI di Sabah. Penghantaran pulang PATI ke negara asal mereka merupakan usaha berterusan kerajaan untuk memelihara keselamatan dan keamanan Sabah.

Leave a Reply