Input your search keywords and press Enter.

AirAsia Tak Dibenar Bawa Masuk Warga Asing

M Update, 6/5/2020 – Kerajaan masih kekal dengan dasar tidak membenarkan warga asing memasuki Malaysia termasuk menerusi laluan udara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkhidmatan penerbangan termasuk AirAsia hanya dibenarkan membawa masuk warganegara Malaysia.

“Kita masih dengan dasar warga asing tidak dibenarkan masuk ke negara kita. Saya baru bercakap dengan AirAsia dan mereka kata tidak ada.

“Saya maklumkan kepada mereka, jika tidak ada, Alhamdulillah. Kalau ada, kita tidak benarkan bukan warganegara masuk. Yang mereka boleh bawa masuk hanya warganegara Malaysia. Kalau masuk, mereka akan diarah menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

“AirAsia perlu akur dengan arahan kerajaan,” katanya pada sidang media harian selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini, hari ini.

Ismail Sabri ditanya adakah kerajaan sudah membuka pintu sempadan dan memberi kebenaran kepada pesawat AirAsia Indonesia yang akan memulakan operasi pada 18 Mei ini untuk membawa penumpang ke Malaysia. – BH Online

Leave a Reply