M Update, 18/05/2019 – Lelaki dari Pakistan ini merupakan antara individu paling bertuah di dunia.
Jika umat Islam lain berebut-rebut ingin memasuki Hijir-Ismail, dia diberi keistimewaan bersolat di dalam kawasan tersebut tanpa gangguan.
Menerusi entri dimuat naik ‘Izz al-Din Kaykhusraw di Twitter miliknya, lelaki bertuah itu adalah salah seorang pekerja yang bertanggungjawab membersihkan Kaabah.
Apabila dia diundi sebagai pekerja terbaik untuk bulan tersebut, pihak pengurusan Masjidil Haram ingin memberi ganjaran di atas segala kerja kerasnya.
Namun, dia menolak. Sebaliknya dia menyampaikan hasrat untuk menunaikan solat di dalam Hijir Ismail. Keinginan itu menjadi kenyataan apabila mereka membenarkannya beribadah di kawasan berkenaan.
Bagi menghormati hasrat tersebut, pengurusan mengarahkan supaya pintu masuk ke Hijir Ismail ditutup sepenuhnya untuk lelaki itu.
Gambar pekerja Pakistan yang sedang bersolat di dalam Hijir Ismail itu tular dan mengundang rasa sebak kepada pengguna media sosial.