Input your search keywords and press Enter.

Ajal Kereta Bertembung Treler

M Update, 24/5/2019 – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan treler di Kilometer 35, Jalan Tampin-Gemas, berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, di Tampin, semalam.

Pada kejadian 4 petang, mangsa, Muhammad Hairul Idham Rasid, 21, maut di lokasi akibat tersepit dalam kenderaan. Kereta yang dipandu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan merempuh treler di hadapan. Akibat rempuhan, kereta itu berpusing beberapa kali, merempuh lereng bukit dan tercampak ke dalam longkang. Mangsa yang tersepit dalam kenderaan disahkan maut di lokasi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa yang beralamat di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor Bahru memandu Toyota Vios berseorangan dari arah Gemas. Ramli berkata, treler berkenaan turut terbabas ke kiri jalan, namun pemandunya, Muhamad Afiq Mohd Aris, 30, tidak cedera. Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply