Input your search keywords and press Enter.

Mohamad Sabu : Golongan Muda Jangan Angkat Senjata

M Update, 24/5/2019 – Golongan muda diingatkan tidak sesekali mengangkat senjata jika tidak bersetuju dengan mana-mana pihak termasuk pemerintah. Golongan muda jangan sesekali terbabit dalam perjuangan seperti ISIS…jika mahu jadi pembangkang, nak lawan atau nak demokrasi, boleh dilakukan tetapi jangan angkat senjata.

“Kita boleh buat ceramah, hantar memorandum atau tunjuk perasaan, tetapi jangan sesekali angkat senjata atau terbabit dalam membuat bahan letupan,” katanya.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata apabila berlaku kehancuran, untuk membinanya semula adalah sukar. Sebarang pertarungan membabitkan orang Islam, yang kalah nanti juga adalah Islam. Tindakan mengangkat senjata yang kemudian dibalas dengan cara sama boleh mengakibatkan kehancuran seperti berlaku di beberapa negara Islam. Mohamad juga berkata, jika ada pihak tidak berpuas hati, mereka boleh memilih cara demokrasi. -BH Online

Leave a Reply