Input your search keywords and press Enter.

Untung bersih MBM Resources bagi suku pertama meningkat kepada RM49.7 juta

Keuntungan bersih bagi suku pertama (Q1) berakhir 31 Mac 2019 untuk MBM Resources Bhd daripada RM31.82 juta meningkat kepada RM49.66 juta dan sebahagian besar keuntungan tersebut dipacu oleh jualan kenderaan Perodua. ‘

Mengecualikan keuntungan RM11.9 juta daripada jualan hartanah, keuntungan sebelum cukai (PBT) perniagaan motornya meningkat RM0.3 juta tahun ke tahun (y-o-y) kepada RM5.5 juta manakala kerugian sebelum cukai dicatatkan bahagian pembuatan alat ganti autonya mengecil kepada RM3.4 juta daripada RM3.8 juta.

MBM Resources mempunyai 22.6% saham dalam Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua). Daripada RM36.79 juta pada tahun sebelumnya berikutan peningkatan jualan kenderaan MBM Resources meraih RM42.83 juta melalui perkongsian PBT.

Daripada RM463.46 juta dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, melalui makluman Bursa Malaysia kumpulan itu  melaporkan peningkatan hasil sebanyak 14.9% iaitu kepada RM532.45 juta kesan daripada dipacu permintaan lebih tinggi terhadap kenderaan Perodua seperti Myvi dan Axia, serta Perodua Aruz.

Dilaporkan jualan Perodua berkembang 9.5 peratus y-o-y kepada 82,700 unit bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini. Berhubung prospek, MBM Resources berkata ia mencatatkan prestasi memuaskan bagi suku pertama 2019 meskipun pasaran dan persekitaran ekonomi adalah mencabar, kami kekal yakin untuk berkembang maju

Leave a Reply