Input your search keywords and press Enter.

Indonesia musnahkan ribuan botol arak

M Update, 27/05/2019 – Sebanyak 18,000 botol alkohol yang dirampas dihancurkan dengan jentolak di ibu negara Indonesia hari ini ketika polis memberi amaran supaya berhenti mengambil minuman keras sepanjang Ramadan.

Hampir 90 peratus daripada 260 juta rakyat negara itu beragama Islam yang diwajibkan berpuasa ketika Ramadan.

Polis mengumpulkan ribuan botol yang dikutip ketika serbuan sejak beberapa bulan lalu di Jakarta dan kemudian menggunakan jentolak untuk menghancurkan ia dalam acara yang dibuat setiap tahun.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan, menggesa penduduk mengelak daripada mengedarkan arak haram.

“Tugas komuniti adalah mengurangkan permintaan.

“Namun tidak kira sejauh mana bekalan berkurangan, sukar untuk mengatasinya jika masih ada permintaan,” katanya pada acara itu.

Pihak berkuasa Indonesia biasanya menunjukkan rampasan dan memusnahkan alkohol pada kuantiti banyak untuk mengingatkan umat Islam supaya tidak mengambil arak ketika Ramadan.

Alkohol diharamkan untuk umat Islam sepanjang masa.

Namun kebanyakan rakyat Indonesia mengamalkan Islam secara sederhana dan alkohol boleh didapati di bar dan kelab malam di bandar raya besar dan destinasi pelancongan seperti Bali.

Leave a Reply