Input your search keywords and press Enter.

Jadi punca kelewatan penerbangan, menteri Mexico letak jawatan

M Update, 27/05/2019 – Menteri Alam Sekitar Mexico meletak jawatan selepas menyebabkan sebuah penerbangan terlewat, menjadikan dia menteri kedua melepaskan jawatan daripada kerajaan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador dalam tempoh kurang seminggu.

Pejabat presiden mengumumkan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Josefa Gonzales Blanco Ortiz Mena sudah mengemukakan surat peletakan dan ia diterima serta disahkan oleh presiden ketika berucap pada petang Sabtu lalu.

Menerusi surat peletakan itu, Gonzalez Blanco menjelaskan ketika memulakan perjalanan untuk tugasan pada Jumaat lalu, beliau menyebabkan kelewatan kepada penumpang dan kru sebuah pesawat.

“Tidak ada sebarang justifikasi diperlukan kerana transformasi sebenar Mexico memerlukan perubahan secara keseluruhan dengan nilai ekuiti dan keadilan.

“Tidak ada sesiapa harus memiliki keistimewaan, atau manfaat secara tunggal walaupun ketika menjalankan tugas kerajaan, tidak ada sesiapa boleh mengatasi kepentingan majoriti,” kata Gonzalez Blanco.

Dalam ucapannya, presiden berkata, beliau sudah berbincang dengan Gonzalez Blanco, beliau meminta maaf dan memberitahu akan menyelesaikan masalah kelewatan penerbangan itu.

“Beliau sangat jujur dengan menjelaskan kepada saya apa yang sudah berlaku dan mengemukakan peletakan jawatan dan saya menerimanya,” kata Lopez Obrador.

Peletakan Gonzales Blanco berlaku selepas Ketua Institut Keselamatan Mexico (IMSS), German Martinez meletak jawatan selepas mengkritik potongan bajet atas arahan menteri kewangan Lopez Obrador yang dikatakan mengancam perkhidmatan kesihatan untuk golongan miskin. – Reuters

Leave a Reply