Input your search keywords and press Enter.

Kes Dera Anak : Suami Isteri Direman

M Update, 27/5/2019 – Suami isteri yang disyaki terbabit mendera anak mereka sehingga menyebabkan kematian direman seminggu bermula hari ini untuk membantu siasatan. Kedua-duanya iaitu bapa tiri dan ibu kandung mangsa berusia 28 dan 23 tahun itu dibawa menaiki van tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Yan pada 10 pagi dengan diiringi anggota dan pegawai polis.

Mereka direman hari ini sehingga 2 Jun ini bagi membantu siasatan kes bunuh berkenaan. Hasil ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif methamphetamine. Kes masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh.

Harian Metro semalam melaporkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui meninggal dunia dipercayai didera dengan mengalami kecederaan dalaman dan dipukul objek tumpul oleh bapa tiri mangsa. Mayat Muhammad Aqil Hairi Mohd Azrul, 2, ditemui terbaring di atas lantai bahagian dapur rumahnya di Batu 19 3/4 Jalan Yan, Guar Chempedak dan tidak sedarkan diri.

Bapa tiri mangsa kemudian membawa mangsa ke hospital dan doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Bapa tiri mangsa kemudian membuat laporan polis untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

Berikutan itu, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati, kematian mangsa disebabkan kecederaan daya tumpul pada bahagian abdomen.

Leave a Reply