Input your search keywords and press Enter.

Agong, Permaisuri Rai Golongan Asnaf Berbuka Puasa

M Update, 28/5/2019 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghadiri majlis berbuka puasa bersama agensi agama dan asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini, semalam.

Turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Ketibaan baginda di Masjid Wilayah Persekutuan itu disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Pada majlis itu juga, Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada golongan asnaf.

Baginda kemudian menunaikan solat Maghrib bersama-sama hadirin di majlis berkenaan. Mujahid berkata, majlis terbabit menjadi platform dan pertemuan pertama antara Al-Sultan Abdullah dan ketua agensi agama Persekutuan serta negeri. Baginda menjadi pendokong utama dalam memperkasakan hal ehwal Islam di negara ini selepas diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lalu,” katanya.

Sementara itu, MAIWP memperuntukkan sejumlah RM12.68 juta bantuan Aidilfitri kepada 25,965 asnaf menerusi Bantuan Rahmah Baitulmal MAIWP. – BH Online

Leave a Reply