Input your search keywords and press Enter.

Suriyati Diminta Hadir Ke Mahkamah

M Update, 28/5/2019 – Polis mengesan seorang wanita yang dikehendaki untuk perbicaraan satu kes dadah di mahkamah, Khamis ini. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, wanita terbabit, Suriyati Kassim, 35, beralamat di No 14 Gong Pasir, di sini.

Suriyati dikehendaki bagi membantu memberi keterangan di mahkamah berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam kenyataannya, hari ini. Sehubungan itu, Baharudin berkata, pihaknya meminta kerjasama orang ramai atau mana-mana individu membantu menyalurkan maklumat kepada polis.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis daerah Dungun atau balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Syahir di talian 0163423258 bagi membantu siasatan.

Leave a Reply