Input your search keywords and press Enter.

Bahana Jual Gari

M Update, 29/5/2019 – Dua peniaga masing-masing didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, selepas didapati bersalah menjual gari menyerupai milik polis di Melang, Kuala Pilah pada 22 Mei 2019 lalu.

Tertuduh, Muhammad Zul Afiq Zafri, 21 dan Wan Amirul Zarni Mohd Kamaruzzaman, 24 mengaku bersalah di hadapan Majistret Nariman Badruddin sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa secara bersama menjual 20 unit gari menyerupai gari digunakan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa kebenaran sah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 89 (b) Akta Polis 1967 yang memperuntukkan denda sehingga RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nariman kemudian mengarahkan setiap tertuduh membayar denda RM400 dan jika gagal, penjara lapan hari.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Mohamad Zahid Ahmad.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply