M Update, 29/5/2019 – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas dipukul bapanya yang juga pesakit mental di rumah mereka di Kampung Baroh, di Padang Besar, semalam.
Ibu mangsa yang juga warga Thailand membuat laporan polis bersama kenalannya semalam, selepas bayi itu tidak bernyawa, jam 9.30 pagi. Mengikut keterangan ibu mangsa, pada malam kelmarin suspek yang mempunyai masalah mental bertengkar dengannya di rumah mereka kerana enggan memakan ubat psikiatri. Berang dengan tindakan isterinya itu, suspek segera menampar anak bongsunya itu sekali.
Isterinya memaklumkan itu adalah kali pertama kejadian itu berlaku kerana sebelum ini suspek tidak pernah mengasari anak,” katanya ketika dihubungi hari ini. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, susulan itu, pihaknya menahan bapa mangsa berusia 44 tahun bagi membantu siasatan. Mushar berkata, isterinya yang bimbang kejadian itu berulang dan segera membawa empat anak mereka ke rumah kenalannya pada malam berkenaan.
Ibu mangsa sempat menyusukan mangsa pada jam 4 pagi di rumah kenalannya sebelum kembali tidur. Dia kemudian mendapati bayi itu tidak bernafas beberapa jam selepas itu. Pasukan perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pergi ke rumah terbabit dan mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya. Mushar berkata, mayat dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. – HM Online