Input your search keywords and press Enter.

Pilihan raya semula Israel ditetap 17 September

M Update, 30/05/2019 – Parlimen Israel mengadakan undian hari ini, bagi membolehkan pilihan raya negara itu diadakan semula.

Undian itu adalah salah satu usaha yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kerana ingin terus mengekalkan kuasa, selepas gagal membentuk kerajaan.

Keputusan undian, iaitu 74-45 yang diperoleh memihak kepada pembubaran Parlimen dan pilihan raya baharu ditetapkan pada 17 September.

Ia diadakan ketika tarikh akhir bagi Netanyahu membentuk pakatan kerajaan berakhir dan menyaksikan anggota pembangkang melaungkan perkataan ‘malu’ ketika di Parlimen.

Netanyahu gagal mencapai kata sepakat untuk membentuk kerajaan, walaupun Parti Likud pimpinannya dan sekutunya berjaya memperoleh 65 daripada 120 kerusi Parlimen pada pilihan raya pada 9 April lalu. – AFP

Leave a Reply