Input your search keywords and press Enter.

Sistem Operasi Huawei Yang Baru Dijangka 60 Kali Lebih Pantas Dari Android

Gambar Wccftech

Berita baik buat pengguna Huawei. Masih ada sinar untuk anda. Berdasarkan Digital Phablet, sistem operasi Huawei yang baru bakal mengatasi kelajuan Android 60 kali ganda.

Sebenarnya, Huawei telah pun menjalankan kajian dan pembangunan dalam menyediakan sistem operasi sendiri yang dinamakan “Hongmeng” sejak tujuh tahun lalu. Kini, pembangunan sistem operasi tersebut telahpun berada di fasa yang terakhir dan ia akan dilancarkan selewat-lewatnya tahun hadapan.

Sementara itu, Google telahpun memberi kelonggaran untuk pengguna Huawei mengemaskini perisian Android dalam peranti mereka sehingga 19 Ogos 2019.

Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Huawei berkata, Hongmeng mampu menjalankan aplikasi Android dengan kerjasama Apptoide iaitu alternatif bagi menggantikan Google Play. Malah, terdapat ura-ura yang mengatakan Hongmeng juga mempunyai kemampuan untuk menjalankan aplikasi iOS.

Walaubagaimanapun, para pemerhati teknologi masih tidak dapat memastikan samada prestasi Hongmeng  bakal lebih baik daripada Android kerana masih banyak maklumat Hongmen tidak didedahkan. Namun mereka percaya Hongmeng bakal menjadi saingan yang hebat kepada Android.

Leave a Reply