Input your search keywords and press Enter.

Crest Builder minat sertai projek berkaitan ECRL

KUALA LUMPUR: Crest Builder Holdings Bhd berhasrat membida projek-projek bukan infrastruktur Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) seperti stesen depoh di Negeri Sembilan dan Pahang Barat.

Syarikat itu mengambil bahagian dalam proses kelayakan awal Mei lalu, dengan keputusan yang akan diumumkan menjelang akhir tahun ini, kata Pengarah Urusannya, Eric Yong Shang Ming.

“Pembinaan itu menjadi teras utama kami. Pada masa ini, kami memberi tumpuan kepada kekuatan kami iaitu pembinaan dan pembangunan hartanah,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan syarikat di sini hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply