Input your search keywords and press Enter.

Uber pilih Melbourne ujian teksi terbang

M Update, 12/06/2019 – Uber Technologies berkata ia akan menggunakan bandar raya kedua terbesar di Australia, Melbourne, sebagai tapak ujian antarabangsa pertama bagi perkhidmatan teksi terbang yang dirancangnya.

Syarikat perkongsian perjalanan Amerika Syarikat (AS) itu sebelum ini memilih Dubai sebagai tapak ujian pertama di luar AS untuk perkhidmatan UberAIR tetapi membuka semula cadangan bulan lalu selepas kelewatan pelancaran di bandar di Timur Tengah itu.

Uber berkata, ia akan memulakan penerbangan ujian pesawat perintis di Melbourne dan bandar raya AS Dallas dan Los Angles pada tahun 2020 sebelum operasi komersil bermula pada 2023.

“Kerajaan Australia menggunakan pendekatan pandangan ke hadapan untuk teknologi pengangkutan masa depan,” kata Susan Anderson, Pengurus Besar Serantau Uber di Australia, New Zealand dan Asia Utara, dalam satu kenyataan yang emel.

“Ini, ditambah pula dengan faktor unik demografi dan geospatial Melbourne, dan budaya inovasi dan teknologi, menjadikan Melbourne bandar pelancaran ketiga yang sempurna untuk UberAir.”

Penerbangan ujian akan mengangkut penumpang daripada satu daripada tujuh pusat membeli-belah Westfield di Melbourne ke lapangan terbang antarabangsa utama di bandar itu.

Perjalanan 19 kilometer daripada daerah pusat perniagaan ke lapangan terbang dijangka mengambil masa 10 minit dengan udara, berbanding 25 minit yang biasanya dilakukan oleh kereta.

Teksi atas permintaan itu boleh ditempah pelanggan melalui aplikasi telefon pintar dengan cara yang sama seperti teksi alternatif lain.

Uber bercadang angkatan pengangkutan udara termasuk kenderaan berkuasa jet elektrik – sebahagian helikopter, sebahagian lagi dron dan pesawat biasa – yang berkemampuan berlepas dan mendarat secara menegak. – Reuters

Leave a Reply