M Update, 19/06/2019 – Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menggesa satu siasatan bebas dijalankan susulan kematian bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi ketika dalam tahanan.
“Sebarang insiden mati mengejut ketika dalam tahanan perlu disusuli oleh siasatan yang pantas, adil, menyeluruh dan telus yang dilakukan oleh badan bebas bagi menjelaskan punca kematian,” kata Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (PBB), Rupert Colville.
Morsi, Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokratik pada 2012 susulan kebangkitan Arab, digulingkan pada 2013, hanya setahun selepas memimpin.
Dia meninggal dunia pada Isnin selepas rebah ketika menghadiri satu perbicaraan semula di mahkamah Kaherah.
“Keadaan persekitaran pusat tahanan Morsi menimbulkan banyak persoalan, termasuk akses untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang baik serta akses yang mencukupi untuk menemui peguam dan keluarganya, selama hampir enam tahun berada di dalam tahanan,” kata Colville. – AFP