Input your search keywords and press Enter.

Ras Adiba Antara Pemenang Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2023

Foto: FB Ras Adiba Radzi

M Update, 08/03/2023 – Senator Datuk Ras Adiba Radzi diumumkan sebagai antara penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa (IWOC) bagi 2023 yang dijadualkan berlangsung di White House hari ini, Rabu 8 Mac 2023.

Ketika diumumkan sebagai antara 11 penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa (IWOC) bagi 2023 oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, Ras Adiba mengakui beliau menganggap ia pada mulanya hanya gurauan.

Antara pencapaian beliau:

  1. Mei 2020, beliau dilantik sebagai senator bagi mewakili golongan kurang upaya
  2. November 2020, Ras Adiba menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) 
  3. Ras Adiba juga pernah mewakili negara dalam acara menembak pada temasya sukan paralimpik.
  4. Berjaya melakukan perjalanan sejauh 420km dengan berkerusi roda selama 13 hari dari Johor ke Putrajaya dan namanya diabadikan dalam Buku Rekod Malaysia.

Tahniah Ras Adiba kebanggaan wanita Malaysia 😍 Semoga terus maju jaya Senator!