Input your search keywords and press Enter.

Pemandu Lalok Rempuh Dua Polis Trafik

M Update, 24/6/2019 – Dua anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam cedera dilanggar seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika melakukan sekatan jalan raya di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 15, Shah Alam, hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian 10.45 pagi itu, lelaki berusia 22 tahun itu memandu Proton Gen2 bersama isterinya yang sedang sarat mengandung tujuh bulan. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kereta dipandu suspek pada mulanya merempuh seorang anggota polis ketika sekatan jalan raya sebelum memecut laju kenderaannya.

Menurutnya, beberapa anggota polis kemudian mengejarnya sebelum suspek bertindak menghimpit motosikal dinaiki seorang anggota polis di Bulatan Andalas, Seksyen 18, kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi kejadian. Selepas kenderaannya terperangkap dalam kesesakan di bulatan itu, suspek cuba melarikan diri dan meninggalkan isterinya seorang diri di dalam kereta namun cubaannya gagal kerana berjaya ditangkap.

Kedua-dua anggota cedera di kaki, pinggang dan leher serta kini dalam keadaan stabil di Hospital Shah Alam,” katanya kepada Harian Metro. Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan curi kenderaan dan dadah. Suspek juga tidak membawa lesen memandu dan mengaku di bawah pengaruh dadah methamphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya 1957,” katanya.

Leave a Reply