Input your search keywords and press Enter.

PM : Identiti MAS Perlu Dikekalkan Selepas Dijual

M Update, 25/6/2019 – Kerajaan mahu identiti syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd, terus dikekalkan biarpun selepas dijual, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, banyak perubahan telah dibuat kepada syarikat penerbangan itu namun setiap kali dilaksanakan ia terus gagal. Kali ini kami perlu lebih berhati-hati dengan langkah perubahan yang mahu dilakukan untuk memperkukuhkan semula Malaysia Airlines. Ia bukan sekadar perubahan pengurusan, tetapi banyak perkara silap yang telah dilakukan oleh syarikat penerbangan ini perlu diperbetulkan.

Kami mahu menjual (Malaysia Airlines) tetapi kami mahu mengekalkan identitinya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada sesi Meja Bulat Asia Pasifik di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini, Dr Mahathir pernah berkata yang Malaysia bersedia pertimbangkan untuk menjual Malaysia Airlines sekiranya terdapat tawaran baik untuk syarikat itu. Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan perlu terlebih dulu memastikan pembeli berpotensi itu mampu menguruskan syarikat penerbangan itu dengan baik.

Leave a Reply