Input your search keywords and press Enter.

Bukan Satu Tapi 2 Kesalahan

M Update, 26/6/2019 – Unit Penguatkuasa JPJ Langkawi telah mengadakan ops mencegah lumba haram di beberapa kawasan panas di sekitar Langkawi. Operasi ini dijalankan secara berkala pada setiap hujung minggu.

Semasa rondaan dijalankan, pasukan penguatkuasa JPJ telah menahan sebuah motosikal bagi tujuan pemeriksaan. Ketika pemeriksaan sedang dilakukan penunggang terbabit telah cuba melarikan diri dengan meninggalkan motosikal beliau, namun begitu tindakan pantas anggota penguatkuasa, suspek telah berjaya ditahan.

Melalui soal siasat suspek menyangka anggota penguatkuasa JPJ adalah Polis & mengakui beliau seorang penagih dadah serta mempunyai bahan terlarang tersebut. Sehubungan dengan itu Unit Penguatkuasa JPJ telah menghubungi pihak polis & menyerahkan suspek untuk tindakan lanjut.

Di dalam operasi berkenaan juga, sebuah motosikal yang disyaki kenderaan curi telah berjaya ditahan & diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Dengan penemuan kenderaan tersebut diharapkan dapat membantu pihak polis dalam menyelesaikan sebahagian kes kecurian motosikal yang sering berlaku di Langkawi.

Leave a Reply