Input your search keywords and press Enter.

Program QFish Dikembangkan Ke Seluruh Negara

M Update, 26/6/2019 – Program ikan sejuk beku atau QFish akan dilaksana di seluruh negara bagi membantu menstabilkan harga ikan dan mengurangkan impak peningkatan kos sara hidup pengguna, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Program QFish ini menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran kapasiti ikan daripada 561 tan metrik kepada 3,500 tan metrik setahun. Ini adalah sistem yang boleh dijayakan untuk menstabilkan harga ikan dan pengurangan kos kepada pengguna, bila ikan berkurangan ketika musim monsun, ikan QFish ini masih boleh didapati di pasaran,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan di sini semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) yang dipengerusikannya semalam bersetuju menerima cadangan penambahbaikan bagi mengembangkan program QFish. Program ini menggunapakai teknologi pembekuan ikan secara individu bagi menjalin kualiti dan kesegaran ikan. Harga jualan adalah sekitar RM10 sekilogram bagi ikan kembung, selar, pelaling dan selayang.

Leave a Reply