M Update, 27/6/2019 – Tentera Udara Diraja Malaysia akan mensasarkan pengambilan lebih ramai anggota dalam kalangan lulusan diploma bagi menyertai pasukan itu pada masa hadapan. Menerusi pelan jangka panjang iaitu Pelan Pembangunan Keupayaan 2055 atau ‘Capability Development 55’ (CAP55) TUDM akan membolehkan pasukan ini melangkah ke satu era baharu dalam menyediakan anggota yang mampu melaksanakan tugas dengan keupayaan tinggi bagi jangka masa panjang.
Remaja lepasan Diploma disaran mengambil peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada warga TUDM. Mereka berpeluang mengendalikan aset dan sistem canggih selari dengan kemajuan dunia masakini yang mampu mengembangkan kekuatan dan keupayaan TUDM dalam menghadapi ancaman semasa.