Input your search keywords and press Enter.

Sudan kembali bergolak

M Update, 01/07/2019 – Puluhan ribu orang membanjiri jalan raya di ibu kota negara itu bagi menuntut pemerintah tentera menyerahkan kuasa kepada orang awam, semalam.

Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Sudan dan melaungkan slogan ‘ orang awam, orang awam’ dan ‘darah dibayar darah’ di beberapa kawasan di ibu negara sambil dipantau pasukan keselamatan.

Kumpulan pembangkang menyiarkan video di mana mereka menyatakan bahawa bantahan sama turut berlaku di bandar lain.

Pemerintah tentera menggulingkan bekas presiden Sudan, Omar al-Bashir pada 11 April lalu selepas tunjuk perasaan berbulan-bulan terhadap pemerintahannya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, mereka menerima laporan bahawa lebih 100 penunjuk perasaan maut manakala ratusan lain cedera ketika bantahan berlangsung pada 3 Jun lalu. – Reuters

Leave a Reply